KUALA LUMPUR:Kemalangan melibatkan dua helikopter di Taman Melawati dekat sini hari ini merupakan insiden keenam membabitkan pesawat jenis itu dalam tempoh lima tahun lepas.
Berikut merupakan kronologi kejadian helikopter terhempas sejak 2015:
4 April 2015: Helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih, Selangor mengorbankan lima penumpang termasuk Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan juruterbang Kapten Clifford William Fournier.
5 Mei 2016: Helikopter Eurocopter AS350 terhempas di Batang Lupar berhampiran Sebuyau, Sarawak, menyebabkan enam terbunuh termasuk Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Noriah Kasnon dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.
4 Okt 2016: Helikopter Nuri terhempas di atas bumbung Pusat Kemahiran Hidup, Sekolah Menengah Kebangsaan Balong, Tawau, Sabah, mengakibatkan 14 anggota tentera cedera.
15 Ogos 2018: Helikopter Robinson R-66 terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang menyebabkan dua juruterbang cedera ringan.
27 Feb 2020: Sebuah helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membawa enam anggota Pasukan Gerakan Udara (PGU) terhempas di Kem Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA), Jalan Air Panas, Tawau. Kesemua anggota pasukan keselamatan itu selamat dengan hanya seorang cedera.
BACA: LAPOR LANGSUNG: Helikopter terhempas di Taman Melawati
8 Nov 2020: Sebuah helikopter terhempas dan meragut dua nyawa iaitu Mohamed Sabri Baharom, 56, beralamat di Wangsa Melawati, yang juga seorang bekas pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, 41, beralamat di Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.
Dua yang terselamat dalam kejadian itu ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad Datuk Ahmad Jauhari Yahya, 66, dan Tan Chai Eian, 51, yang menaiki sebuah lagi helikopter model 9M-HCA selepas berjaya melakukan pendaratan cemas di kawasan berdekatan.
Bernama
Sun Nov 08 2020
Ini merupakan insiden keenam membabitkan pesawat jenis itu dalam tempoh lima tahun lepas.
KL City dalam kumpulan maut Kejuaraan Kelab Asia Tenggara
Kuala Lumpur City FC berada dalam 'kumpulan maut' apabila diundi dalam Kumpulan B bersama juara Liga Thailand 2022/2023, Buriram United FC, pada Kejuaraan Kelab Asia Tenggara 2024/2025.
Thailand ambil langkah lebih tegas terhadap penggunaan kanabis
Srettha Thavisin berkata bahawa masalah dadah adalah agenda nasional yang memerlukan kerjasama semua agensi untuk membanterasnya.
Malaysia tidak sokong kegiatan, pembiayaan kumpulan pengganas
KDN memahami kebimbangan disuarakan AS berhubung dakwaan wujudnya aktiviti penyaluran dana kepada kumpulan pengganas di negara ini.
Kaji semula had minimum dasar tukaran asing pengeksport bagi kukuhkan ringgit - DPMM
Nilai eksport negara yang melebihi RM100 bilion setiap bulan adalah satu jumlah besar yang sepatutnya memberi kelebihan kepada permintaan ringgit.
Kenali Palestin melalui buku kanak-kanak 'Story of the Stolen Homes'
Ditulis oleh penulis Uyghur-Perancis, Guzelya Marisova, beliau menulis buku itu sebagai cara untuk menyuarakan kesedihan di dalam hatinya.
'Jawatan TPM dari Sabah, kita tunggu PRU16 nanti' - Ahmad Zahid
Jawatan Timbalan Perdana Menteri yang diberikan kepada Datuk Seri Fadillah Yusof bukan sahaja mewakili Sarawak tetapi portfolio itu adalah untuk mengkordinasikan semua program di Sabah.
Tiga ahli Geng Bacin direman tujuh hari bantu siasatan samun tiga kedai
Tiga anggota Geng Bacin direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan tiga kes rompakan sekitar Melaka Tengah pada Isnin dan Selasa lepas.
AWANI Ringkas: MFL umum Piala Sumbangsih dibatalkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kementerian Komunikasi kerjasama dengan Meta bangunkan WhatsApp Chatbot, perangi berita palsu
Kemudahan itu berperanan sebagai platform bagi semakan kesahihan fakta dan maklumat oleh pengguna terhadap sebarang mesej yang disebarkan.
Pemerkasaan bahasa Melayu, Inggeris perlu seiring - Fadhlina
Pemerkasaan Bahasa Melayu harus seiring dengan pengukuhan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua agar kedua-duanya tidak dipinggirkan.
Nahas helikopter Lumut: Laporan awal diterbitkan esok - Fahmi
Laporan awal yang melibatkan nahas dua helicopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya dijangka akan diterbitkan esok.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Insiden Pulau Angsa: Kotak hitam helikopter Maritim Malaysia ditemui
Setelah berjaya dinaikkan dari dasar laut, kotak hitam berkenaan telah dibawa ke makmal untuk dianalisis data rakaman.
Pendaratan cemas elak keadaan lebih mudarat - Pakar penerbangan
Lazimnya ia berlaku apabila kemungkinan situasi itu tidak dapat diatasi dalam masa terdekat dan perlu dilakukan.
Helikopter APMM lakukan pendaratan cemas di Pulau Angsa
Kejadian berlaku kira-kira jam 9.55 pagi Selasa ketika melakukan latihan menyelamat.
Helikopter bawa enam penumpang terhempas di Norway
Kesemua penumpang yang berada di dalam helikopter tersebut berjaya dibawa ke darat, namun, keadaan mereka belum jelas pada masa ini.
India lulus pemerolehan senjata bernilai AS$26 bilion
Kementerian Pertahanan India meluluskan pemerolehan senjata, termasuk jet pejuang dan helikopter, bernilai 2.23 trilion rupee.
'Joyride' menaiki helikopter tarikan di KUAM'23
Orang ramai berpeluang mengelilingi ruang udara Melaka ke Batu Pahat, Johor dengan menaiki helikopter apabila aktiviti Joyride disenaraikan pada Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2023 (KUAM'23).
Dewan Rakyat panas kerana isu helikopter PM, TPM
Takiyuddin mempersoalkan mengapa tiga buah helikopter digunakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi menghadiri program yang tidak begitu besar di Sungai Besar, Selangor.
TDM dijangka terima dua Black Hawk - PTD
Tentera Darat Malaysia (TDM) dijangka menerima dua daripada empat buah helikopter jenis Black Hawk pada hujung tahun ini.